Lokasi Menarik

TOKMI HOMESTAY, TELUK INTAN

destinasi popular destinasi popular destinasi popular

Terokai pelbagai destinasi popular berhampiran Tokmi Homestay. Kami senaraikan 6 lokasi tumpuan ramai apabila berada di Teluk Intan

Sumber : bidadari.my & caridestinasi.my

Menara Condong

Menara setinggi 26 meter yang dibuka pada tahun 1885 ini memiliki 3 tingkat kesemuanya walaupun dari luar kelihatan 8 tingkat. Menara Condong ini telahpun berusia lebih dari 130 tahun. Kejadian condong pada menara ini berlaku semasa banjir besar pada tahun 1889 dan 1895 yang menenggelamkan menara tersebut.

Batu Tenggek

Tugu peringatan Batu Tenggek ini dianggap sebagai sebuah tugu yang unik kerana hanya satu-satunya berada di Malaysia. Di atas batu tersebut tiada ukiran atau tulisan. Di bawah batu itu mempunyai puisi bertajuk “For The Fallen“, di mana puisi peringatan pengorbanan perajurit perang ketika itu.

River Front

River Front di Teluk Intan ini mempunyai banyak aktiviti yang boleh dilakukan. Sungai ini sering dikunjungi untuk beriadah, bersantai, bermain, merehatkan minda dan memancing. River Front ini juga memberikan landskap luas yang cantik kepada para pengunjung lebih-lebih lagi pada waktu petang.

Restoran Udang Galah Teluk Intan

Singgah di pekan Teluk Intan ini pasti akan terus nampak papan tanda Restoran Udang Galah Teluk Intan. Restoran yang pernah didatangi orang-orang ternama dan pernah dipaparkan di surat khabar ini pastinya boleh menjamin kelazatan makanan dengan harga yang berbaloi yang disediakan.

Pasar Besar Teluk Intan

Kalau anda berkunjung ke Teluk Intan, bolehlah berkunjung ke Pasar Besar Teluk Intan yang masyur dengan jualan pelbagai hasil tangkapan laut dan sungai pada harga yang berpatutan. Ada ikan-ikan, sotong, kerang, siput dan sebagainya ditangkap segar pada hari yang sama.

Restoran Mastan Ghani

Restoran ini tersohor dengan resepi mi rebus dan rojaknya. Restoran yang diasaskan pada tahun 1961 ini sekarang ini diuruskan oleh cucu pengasas restoran ini. Kuah mi rebus diperbuat daripada bahan-bahan asas seperti cili, rempah ratus dan serbuk cili beserta dengan resepi rahsia

Shopping Cart
Scroll to Top