Terma & Syarat
TOKMI HOMESTAY, TELUK INTAN
Berikut adalah Terma & Syarat Tokmi Homestay :
POLISI PEMBAYARAN
- Bayaran Deposit RM100 & Security Deposit RM100 (Total RM200) adalah diperlukan untuk membuat tempahan.
- Baki harga sewaan hendaklah dibayar sebelum atau pada tarikh masuk.
- Security Deposit RM100 akan dikembalikan dalam masa 24 jam sekiranya homestay ditinggalkan dalam keadaan baik seperti waktu penyerahan.
- Security Deposit tidak akan dikembalikan sekiranya penginap melanggar mana-mana perkara di dalam Terma & Syarat.
- Bayaran deposit, cagaran dan sewaan penginapan tidak akan dikembalikan sekiranya pembatalan berlaku dari pihak penginap.
- Penginap boleh menunda dan menukar tarikh penginapan sebanyak 1 kali dari tarikh asal.
CHECK IN & CHECK OUT
- Masa mendaftar masuk (Check-In) adalah pada jam 03:00 petang dan masa mendaftar keluar (Check-Out) adalah pada jam 12:00 tengahari.
- Jumlah maksima bilangan penginap bagi setiap tempahan adalah tidak melebihi 14 orang shj.
- Pelanggan boleh masuk awal atau keluar lewat tetapi bergantung kepada tempahan semasa.
PENGGUNAAN HOMESTAY
- Sewaan homestay hanya dibenarkan untuk penginap beragama Islam shj.
- Dilarang menggunakan homestay ini untuk kegiatan haram dan tidak bermoral.
- Tidak dibenarkan menginap dengan tujuan selain untuk percutian dan pengumpulan keluarga.
- Untuk keraian, penggambaran dan majlis melebihi kapasiti, sila hubungi pihak homestay untuk maklumat lanjut.
TANGGUNGJAWAB PENGINAP
- Dilarang membawa keluar segala kelengkapan dan peralatan yang terdapat di dalam homestay.
- Dilarang membawa makanan dan minuman yang TIDAK HALAL ke dalam homestay.
- Kunci homestay yang HILANG akan dikenakan bayaran denda sebanyak RM50.00.
- Jika terdapat sebarang kerosakkan kelengkapan dan peralatan rumah, pihak kami berhak menuntut bayaran GANTI RUGI atau melaporkan kecurian kepada pihak polis.
- Sila pastikan semua pintu dan tingkap dikunci/ditutup semasa tidur atau keluar.
- Dilarang membuat kunci pendua.
- Dilarang merokok di dalam rumah bagi tujuan keselamatan bersama.
- Dilarang membawa masuk binatang peliharaan.
- Tidak dibenarkan membuat bising sehingga boleh menganggu ketenteraman jiran-jiran yang berdekatan.
- Dilarang memaku, menconteng atau mengubah suai rumah di dalam atau di luar homestay.
- Pastikan semua barang dan peralatan diletakan di tempat asal sebelum mendaftar keluar.
- Pastikan semua suis termasuk kipas, pendingin hawa dan lampu ditutup apabila keluar atau meninggalkan homestay untuk menggelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
- Segala kehilangan barangan peribadi, kemalangan dan keselamatan penginap adalah di bawah pengawasan dan tanggungjawab penginap sendiri.
- Pemilik homestay tidak akan bertanggungjawab di atas segala kelalaian pihak penginap.